1.1 Bagaimanakah cara untuk mendaftar kelas?
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web kami. Pilih kelas atau pakej yang dikehendaki, kemudian klik butang Daftar Sekarang dan lengkapkan maklumat pada halaman pendaftaran.Pastikan nama dan alamat e-mel yang dimasukkan adalah betul kerana e-mel tersebut akan digunakan untuk mengakses akaun pembelajaran anda
1.2 Adakah saya perlu mempunyai akaun?
Ya. Akaun diperlukan untuk log masuk serta mengakses kelas, rakaman video dan bahan pembelajaran melalui platform Kajabi.Akaun anda akan menggunakan alamat e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran.
1.3 Bagaimanakah cara untuk log masuk?
Selepas pendaftaran selesai, pergi ke halaman Log Masuk dan masukkan alamat e-mel serta kata laluan yang telah didaftarkan.Selepas berjaya log masuk, buka bahagian My Library untuk melihat kelas yang tersedia dalam akaun anda.
Klik [Cara Log Masuk] untuk melihat panduan lengkap.
1.4 Saya sudah mempunyai akaun. Perlukah saya membuat akaun baharu?
Tidak perlu. Gunakan alamat e-mel yang sama seperti pendaftaran terdahulu.
Apabila anda mendaftar kelas tambahan menggunakan e-mel yang sama, kelas tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun sedia ada dan dipaparkan dalam My Library.
1.5 Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan?
Pada halaman Log Masuk, klik Forgot Password atau Lupa Kata Laluan.
Masukkan alamat e-mel yang digunakan semasa pendaftaran. Kemudian, semak e-mel anda dan ikuti arahan yang diberikan untuk menetapkan kata laluan baharu.
Sila semak folder Spam, Junk atau Promotions sekiranya e-mel tidak kelihatan dalam peti masuk utama.
1.6 Bagaimanakah cara mengakses kelas melalui aplikasi Kajabi?
Muat turun aplikasi Kajabi melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Buka aplikasi dan masukkan alamat e-mel yang sama seperti yang digunakan semasa pendaftaran. Lengkapkan proses pengesahan e-mel apabila diminta.
Selepas berjaya log masuk, pilih laman pembelajaran anda untuk melihat kelas dan kandungan yang tersedia.
Nota: Anda tidak perlu membuat akaun baharu. Gunakan alamat e-mel yang sama seperti semasa mendaftar kelas.