ROADTOUR UIZ DI KEDAH

 

Seminar Tajwid Special: Sifat Huruf


Roadtour UIZ diteruskan ke Alor Setar, Kedah menerusi Kelas Tajwid Special: Sifat Huruf yang berlangsung pada 30 Mei 2026 di Masjid Sultanah Bahiyah.


Sepanjang seminar ini, para peserta didedahkan kepada ciri-ciri penting setiap huruf hijaiyyah seperti sifat tebal, nipis, kuat, lembut, berangin dan tidak berangin. Pemahaman sifat huruf membantu peserta membezakan bunyi huruf yang hampir sama serta menyebutnya dengan lebih sempurna.


Program bersama Ustaz Irfan Zin (UIZ) ini turut disertai latihan sebutan dan bimbingan bacaan secara langsung. Semoga setiap peserta terus istiqamah mempraktikkan ilmu yang diterima demi menghasilkan bacaan Al-Quran yang lebih tepat, jelas dan berkualiti.