Seminar Tajwid Special: Sifat dan Makhraj Huruf
Roadtour UIZ bakal singgah di Batu Pahat, Johor menerusi Kelas Tajwid Special: Sifat dan Makhraj Huruf pada 25 Julai 2026, Sabtu, bertempat di Wisma Adi Iqmal.
Dalam seminar ini, peserta akan dibimbing untuk mengenal tempat keluar setiap huruf hijaiyyah, memahami sifat-sifat huruf serta membezakan sebutan yang hampir sama. Latihan praktikal turut diberikan supaya peserta dapat mengesan dan membetulkan kesalahan bacaan dengan lebih mudah.
Sesi bersama Ustaz Irfan Zin (UIZ) akan berlangsung dari 11.00 pagi hingga 1.00 petang dengan pendekatan yang santai, tersusun dan mudah diikuti oleh pelbagai peringkat.
Yuran penyertaan hanya RM49. Peluang terbaik buat masyarakat sekitar Batu Pahat untuk memperkemas bacaan Al-Quran melalui bimbingan secara bersemuka.
ROADTOUR UIZ DI JOHOR